Sahabat,tolong saya boleh?
Assalamualaikum :) Semua orang sihat?Kalau sihat,alhamdulillah.Aisyah sihat.Lama dah tak update blog.Sorry,sekarang busy + malas sikit.Makin lama makin busy.Tak de masa sangat nak update blog.Aisyah sekarang just selalu dengan facebook and twitter.Jadi,kalau ada apa-apa hantar message kat facebook.
Semua orang dalam dunia ni ada kawan kan?Ada rakan kan?Ada sahabat kan?Aisyah pun ada jugak ^^ .Semua orang memang ada sahabat.Melainkan kalau orang tu suka bersendirian and tak suka bergaul dengan orang.Memang susah nak dapat kawan tapi dia akan jumpajugak kawan yang perangai sama macam dia.Bagi Aisyah,sebenarnya ada perbezaan antara kawan dengan sahabat.Aisyah terangkan.
Kawan:Dia orang yang kawan dengan kita.Dia selalu tegur kita,cakap dengan kita.Tapi,dia takkan ada dengan kita time kita dalam keadaan susah.Dia hanya ada untuk saja-saja.Lebih kurang macam kawan yang tak rapat dengan kita.
Sahabat:Dia orang yang kawan dengan kita jugak.Dia selalu tegur kita,cakap dengan kita.Tapi,dia ada apa yang 'KAWAN' tak de.Sahabat ada time kita susah dan senang.Ada di saat kita memerlukan.Sentiasa memberikan semangat.Dia faham kita.Buat kita happy time kita tengah sedih.Dia lebih rapat dengan kita dan faham kita.
Nampak tak perbezaan kawan dengan sahabat?Bagi Aisyah lah.Tak tahulah bagi orang lain.Alhamdulillah,sekarang Aisyah dah jumpa sahabat.Biasalah tu,zaman sekarang kawan makan kawan.Salah satu ujian yang Allah bagi kita.Nak tengok kita sabar tak?Kalau sabar,insya-Allah,Allah akan datang kan orang yang baik masa tu.
Sahabat,ialah orang yang akan nasihatkan sahabat dia kearah kebaikan.Memberi bimbingan supaya sentiasa berada dijalanNya.Sahabat nie,dia nak tengok sahabat dia tu jadi lebih baik.Aisyah nak pesan,tolong.Kalau sahabat awak pesan supaya berubah kepada lebih baik,tolong dengar cakap dia.Dia nak kan yang terbaik buat awak.Dia nak masuk syurga dengan awak.Tolong,dia tak nak masuk syurga seorang diri.
Kadang-kadang,sahabat nie dia nakkan kesetiaan dalam persahabatan.Dia nak tengok kalau sahabat dia tu berubah tak?Aisyah bagi contoh.A nie sahabat B.Dulu,diorang satu kelas.Tiba-tiba,tahun depan diorang berpisah.A masuk kelas lain.B pun masuk kelas lain.Bila A masuk kelas lain,B nampak yang A makin lama,makin jauh dari dia.Ada depan mata,tapi macam takde.Apa yang B nasihatkan sebelum nie,semua A lupakan.A cuma datang kat B time A susah je.Time A senang,dia tinggalkan B sorang-sorang.Faham?Kesetiaan dalam persahabatan tu mana?Bila sahabat awak dah pergi hanya disebabkan perangai awak,tolong jangan cari dia lagi.Jangan marah dia kalau dia berubah.Dia berybah sebab awak.Sebab awak tak setia dalam persahabatan.
Aisyah rasa sampai sini saja dulu.Tapi,Aisyah nak pesan something kat 'KAWAN' dengan 'SAHABAT' Aisyah.
||Kawan,dulu awak sahabat saya.Sekarang dah tak.Kawan,dulu awak lain,sekarang dah lain.Kawan,kenapa awak buat saya macam nie?Saya ada depan mata awak,awak cakap saya tak de.Saya hanya diperlukan time awak susah je kan?Time awak nak seseuatu.Kawan,awak anggap saya nie pembantu awak ke?Bila diperlukan,sanggup cari merata-rata tempat.Sanggup topup semata-mata nak mintak something.Tapi bila awak senang,jumpa lain kali pun tak pe.Call nanti pun tak pe.Kawan,saya nak awak tahu.Saya sayang awak.Walaupun awak banyak sakitkan hati saya.Saya rasa,saya cuba tak sakitkan hati awak.Saya mengajaka awak kearah kebaikan,tapi awak yang menolak.Saya harap awak sedar.Tolong jangan buat saya macam nie.Saya harap awak faham||
||Sahabat,terima kasih sebab ada disaat saya memerlukan.Ada disaat saya kesedihan.Sesungguhnya awak faham saya.Setiap kenangan yang tercipta antara kita,setiap detik yang kita lalui bersama,akan saya hargai.Terima kasih kerana tidak meminta apa-apa yang saya tidak mampu tunaikan.Terima kasih atas setiap pertolongan yang diberikan.Setiap kebaikan yang sahabat lakukan,akan cuba saya lakukan.Setiap kejahatan yang sahabat elakkan,akan cuba saya elakkan.Maafkan saya andai jika ada menyakitkan hati sahabat.Maafkan saya andai diri ini sentiasa menyusahkan.Saya harap awak sabar melayan perangai saya.Sabar dalam apa saja yang lakukan.Saya juga akan melakukan perkara yang sama sahabat cuba lakukan.Saya berharap agar sahabat setia dalam persahabatan ini.Sebab saya rasa,sahabat macam awak takkan muncul lagi.Terima kasih sahabat atas segalanya :')||
Sekian,terima kasih.
Sahabat,terima kasih atas segalanya.
Kawan,berubalah kepada yang lebih baik.
Sahabat,terima kasih atas kenangan yang tercipta ini.
Kawan,faham lah isi hati orang lain.
Sahabat,saya amat menyayangi kalian. <3
Friday, 14 February 2014 (22:50)
Yang PERGI biarlah dia PERGI :'(
Assalamualaikum and selamat sejahtera.Semua orang sihat tak?Harap-harap semua sihatlah.Aisyah sihat walafiat dan sentiasa happy.Ceh,macam betul je happy.Firstly,Aisyah nak mintak maaf sebab dah lama tak update blog.Sibuk memanjang.Dengan Exam,PBS,sukan lah.Macam-macam.So,memang tak sempat nak update blog.Maybe,tahun depan lagi busy.It because Aisyah ni mangsa PBSMR 2015.Bebanan dan tanggungjawab seorang pelajar.Redha jelah.Memang hakikat yang kita semua akan melalui peperiksaan yang sama.
Straight to the point.Kadang-kadang kita terlalu bersedih atas pemergian seseorang kan?Tak kiralah sama ada dia meninggalkan dunia ataupun memang nak tinggalkan kita macam tu je.Sometimes,kita akan cakap dalam hati,"Orang ni kenapa mata bengkak dan merah?Peliknya.",adakan timbul perasaan macam ni?Kita tertanya-tanya.Selalunya mata bengkak dan merah ni perempuan yang selalu buat.Lelaki tak de feeling sangat.Melainkan orang yang dia sayang example like mak dia,ayah dia or adik-beradik dia yang tinggalkan dia ataupun dia memang jujur cintakan seseorang tu,percayalah dia memang akan menangis.Semua orang dilahirkan rasa sifat sedih.
Sesetengah manusia ni,tak mampu nak kawal air mata dia.Bila-bila masa je airmata ni boleh turun tiba-tiba.Aisyah pun pernah alami benda yang sama.Kadang-kadang,Aisyah menangis seorang diri sebab teringatkan orang yang pernah Aisyah suka and pernah sakitkan hati Aisyah..Tapi tak pelah.Maybe,salah Aisyah jugak.Kenapalah Aisyah bazirkan air mata ni untuk orang yang tak tahu hargai?Kenapa Aisyah perlu fikirkan orang yang tak pernah fikir tentang Aisyah?Kenapa Aisyah bazirkan masa untuk orang yang tak pandai hargai? :(
Aisyah selalu rasa benda yang sama.Sakit hati bila minat seseorang,sakit hati bila dah sayang seseorang,sakit hati bila terlalu percayakan orang.Sampai ada satu masa,Aisyah dah putus asa nak minat orang.Just sebab perangai yang sama Aisyah jumpa.Bila ingat balik,kenapalah Aisyah boleh minat dia?Sebenarnya,Aisyah rindu kat orang yang Aisyah minat.Rindu nak cakap-cakap dengan dia,nak gurau-gurau dengan dia,rindu nak ada perangai gila-gila dengan dia.Tapi,percayalah semua tu takkan boleh datang balik.Kalau ada mesin masa pun,belum tentu boleh ubah balik apa yang Aisyah buat.Cikgu Aisyah cakap,"Semua yang kita buat ni Allah dah tentukan,".Maybe,Allah memang dah tentukan Aisyah macam ni?
Kadang-kadang Aisyah rasa,kenapa dia perlu tipu Aisyah?Kenapa dia nak buat macam tu kat Aisyah.Aisyah fikir,kalau dia tak ikhlas nak cakap dengan Aisyah,it's alright then.Tak payah cakap dengan Aisyah.Sampai bila-bila pun tak pe.Tak delah Aisyah nak tanggung kesakitan ni.Even tak nampak,tapi please faham.Aisyah cuba tak nak sakitkan hati diorang.Ini balasan yang Aisyah dapat?
Sekarang,Aisyah dah penat nak nangis.Penat nak ingat orang yang sakitkan hati Aisyah.Air mata ni pun rasanya dah kering.Dah tak boleh nak nangis dah.Apa yang Aisyah boleh buat,just tabah and sabar.Kawan Aisyah pernah cakap,"Percayalah,Allah akan menggantikan orang yang telah pergi tu dengan orang yang lebih baik.Orang tu mesti datang."Aisyah akan tunggu orang tu.Orang yang istimewa memang selalu lambat datang.Aisyah boleh hadapi semua benda ni.
Aisyah kena tabah.Jangan mudah putus asa.Ingat,Allah ada dengan Aisyah.Yes,Allah selalu perhatikan Aisyah.Lagipun,Aisyah ada kawan yang sentiasa sokong Aisyah.Selama ni Aisyah nak sangat ada kawan baik lelaki.And sekarang,Aisyah dah dapat.Dia take care pasal Aisyah.Alhamdulillah :') Aisyah harap Aisyah boleh sabar dengan semua ni.In sya Allah.Assalamualaikum.
Tabahlah Aisyah.
Kuatlah Aisyah.
Sabarlah Aisyah.
Allah sentiasa ada dengan Aisyah.
Biarlah diorang sakitkan hati Aisyah.
Yang penting,Aisyah mesti sabar hadapinya.
Thursday, 23 January 2014 (15:36)