author love stuffies affies
Hello my visitors.You have step at my blog so can you please follow?Btw,Aisyah|20|Malaysia >,<
facebooktwitter
+ FollowHome

Sahabat,tolong saya boleh?





Assalamualaikum :) Semua orang sihat?Kalau sihat,alhamdulillah.Aisyah sihat.Lama dah tak update blog.Sorry,sekarang busy + malas sikit.Makin lama makin busy.Tak de masa sangat nak update blog.Aisyah sekarang just selalu dengan facebook and twitter.Jadi,kalau ada apa-apa hantar message kat facebook.

Semua orang dalam dunia ni ada kawan kan?Ada rakan kan?Ada sahabat kan?Aisyah pun ada jugak ^^ .Semua orang memang ada sahabat.Melainkan kalau orang tu suka bersendirian and tak suka bergaul dengan orang.Memang susah nak dapat kawan tapi dia akan jumpajugak kawan yang perangai sama macam dia.Bagi Aisyah,sebenarnya ada perbezaan antara kawan dengan sahabat.Aisyah terangkan.

Kawan:Dia orang yang kawan dengan kita.Dia selalu tegur kita,cakap dengan kita.Tapi,dia takkan ada dengan kita time kita dalam keadaan susah.Dia hanya ada untuk saja-saja.Lebih kurang macam kawan yang tak rapat dengan kita.

Sahabat:Dia orang yang kawan dengan kita jugak.Dia selalu tegur kita,cakap dengan kita.Tapi,dia ada apa yang 'KAWAN' tak de.Sahabat ada time kita susah dan senang.Ada di saat kita memerlukan.Sentiasa memberikan semangat.Dia faham kita.Buat kita happy time kita tengah sedih.Dia lebih rapat dengan kita dan faham kita.

Nampak tak perbezaan kawan dengan sahabat?Bagi Aisyah lah.Tak tahulah bagi orang lain.Alhamdulillah,sekarang Aisyah dah jumpa sahabat.Biasalah tu,zaman sekarang kawan makan kawan.Salah satu ujian yang Allah bagi kita.Nak tengok kita sabar tak?Kalau sabar,insya-Allah,Allah akan datang kan orang yang baik masa tu.

Sahabat,ialah orang yang akan nasihatkan sahabat dia kearah kebaikan.Memberi bimbingan supaya sentiasa berada dijalanNya.Sahabat nie,dia nak tengok sahabat dia tu jadi lebih baik.Aisyah nak pesan,tolong.Kalau sahabat awak pesan supaya berubah kepada lebih baik,tolong dengar cakap dia.Dia nak kan yang terbaik buat awak.Dia nak masuk syurga dengan awak.Tolong,dia tak nak masuk syurga seorang diri.

Kadang-kadang,sahabat nie dia nakkan kesetiaan dalam persahabatan.Dia nak tengok kalau sahabat dia tu berubah tak?Aisyah bagi contoh.A nie sahabat B.Dulu,diorang satu kelas.Tiba-tiba,tahun depan diorang berpisah.A masuk kelas lain.B pun masuk kelas lain.Bila A masuk kelas lain,B nampak yang A makin lama,makin jauh dari dia.Ada depan mata,tapi macam takde.Apa yang B nasihatkan sebelum nie,semua A lupakan.A cuma datang kat B time A susah je.Time A senang,dia tinggalkan B sorang-sorang.Faham?Kesetiaan dalam persahabatan tu mana?Bila sahabat awak dah pergi hanya disebabkan perangai awak,tolong jangan cari dia lagi.Jangan marah dia kalau dia berubah.Dia berybah sebab awak.Sebab awak tak setia dalam persahabatan.

Aisyah rasa sampai sini saja dulu.Tapi,Aisyah nak pesan something kat 'KAWAN' dengan 'SAHABAT' Aisyah.

||Kawan,dulu awak sahabat saya.Sekarang dah tak.Kawan,dulu awak lain,sekarang dah lain.Kawan,kenapa awak buat saya macam nie?Saya ada depan mata awak,awak cakap saya tak de.Saya hanya diperlukan time awak susah je kan?Time awak nak seseuatu.Kawan,awak anggap saya nie pembantu awak ke?Bila diperlukan,sanggup cari merata-rata tempat.Sanggup topup semata-mata nak mintak something.Tapi bila awak senang,jumpa lain kali pun tak pe.Call nanti pun tak pe.Kawan,saya nak awak tahu.Saya sayang awak.Walaupun awak banyak sakitkan hati saya.Saya rasa,saya cuba tak sakitkan hati awak.Saya mengajaka awak kearah kebaikan,tapi awak yang menolak.Saya harap awak sedar.Tolong jangan buat saya macam nie.Saya harap awak faham||

||Sahabat,terima kasih sebab ada disaat saya memerlukan.Ada disaat saya kesedihan.Sesungguhnya awak faham saya.Setiap kenangan yang tercipta antara kita,setiap detik yang kita lalui bersama,akan saya hargai.Terima kasih kerana tidak meminta apa-apa yang saya tidak mampu tunaikan.Terima kasih atas setiap pertolongan yang diberikan.Setiap kebaikan yang sahabat lakukan,akan cuba saya lakukan.Setiap kejahatan yang sahabat elakkan,akan cuba saya elakkan.Maafkan saya andai jika ada menyakitkan hati sahabat.Maafkan saya andai diri ini sentiasa menyusahkan.Saya harap awak sabar melayan perangai saya.Sabar dalam apa saja yang lakukan.Saya juga akan melakukan perkara yang sama sahabat cuba lakukan.Saya berharap agar sahabat setia dalam persahabatan ini.Sebab saya rasa,sahabat macam awak takkan muncul lagi.Terima kasih sahabat atas segalanya :')||

Sekian,terima kasih.

Sahabat,terima kasih atas segalanya.
Kawan,berubalah kepada yang lebih baik.
Sahabat,terima kasih atas kenangan yang tercipta ini.
Kawan,faham lah isi hati orang lain.
Sahabat,saya amat menyayangi kalian. <3


Friday 14 February 2014 (22:50)

OLD | NEW